Category: Company News
15 September 2015,
 0

Angkasa To Introduce Takaful Insurance Products via Archipelago Insurance PCC Limited

PETALING JAYA, Sept 10 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), via its unit, MyAngkasa Holdings Sdn Bhd (MHSB), will introduce its takaful insurance products.

Angkasa’s President, Datuk Abdul Fatah Abdullah, said MHSB has received the nod from Labuan Offshore Financial Services Authority to operate takaful ‘captive’ cells on June 16 2015 through the Archipelago Insurance PCC Ltd.

“The approval was given to MyAngkasa Life Takaful and MyAngkasa General Takaful, he said.

Abdul Fatah, who is also MHSB Chairman, said this at a press conference in conjunction with the exchange of cooperation documents between MHSB and Archilpelago Insurance here today.

He said three products — Extended Takaful Warranty, GAP Tafakul and Cashless PA Takaful — would be in the market next month.

The Family Medical product would be introduced later, he said.

Abdul Fatah said previously, Angkasa entered the insurance business as an agent and saw the great potential in the industry to help strengthen the cooperative business.

“The insurance business is also open to all co-op members who are interested to expand their own cooperative businesses,” he said.

He said said the insurance industry in Malaysia recorded gross written premiums of RM17.09 billion in 2014, an increase of 5.9 per cent compared to RM16.15 billion in the previous year.

(Source: http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1170002)

-BERNAMA


 

Angkasa Bakal Mengeluarkan Produk Insurans Takaful melalui Archipelago Insurance PCC Limited

Takaful Ang PCC2PETALING JAYA, 10 Sept (Bernama) – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) melalui anak syarikatnya MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB), bakal mengeluarkan produk insurans Takaful tersendiri.

Presiden ANGKASA yang juga Pengerusi MHSB Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata MHSB sudah memperoleh kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) bagi mengoperasikan sel Takaful secara ‘captive’ pada 16 Jun 2015 melalui Archipelago Insurance PCC Ltd.

“Kelulusan yang diberikan adalah untuk MyAngkasa Life Takaful dan MyAngkasa General Takaful,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis pertukaran dokumen kerjasama antara MHSB dan Archilpelago Insurance di sini hari ini.

(Source: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1169885)

-BERNAMA


 

Angkasa lakar sejarah perkenal produk takaful

Takaful Ang PCC3KUALA LUMPUR 10 Sept. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menerusi anak syarikat milik penuhnya, MyAngkasa Hol­dings Sdn. Bhd. (MyAngkasa) melakar sejarah tersendiri apabila memper­kenalkan produk takaful yang bakal dilancarkan bulan depan.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, perkhidmatan dengan kerjasama Archipelago Insurance PCC Limited itu menawarkan tiga produk baharu dan hanya dibuka kepada ahli koperasi sahaja.

Menurutnya, perkembangan industri insurans di Malaysia me­rupakan antara faktor utama Angkasa mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan perkhidmatan takaful buat julung kalinya.

“Tiga produk yang ditawarkan ialah Extended Takaful Warranty, GAP Takaful dan Cashless PA Takaful di mana ketiga-tiga produk ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

“Ini adalah komitmen Angkasa bagi memperkasa perniagaan koperasi khususnya bumiputera malah dengan potensi yang ditawarkan oleh industri insurans, kami yakin usaha ini akan membuahkan hasil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MyAngkasa dan Archipe­lago Insurance PCC Limited yang turut disaksikan oleh Pengarah Archipelago Insurance PCC Limi­ted, Amiruddin Mohd. Ali dan Naib Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail.

Abdul Fattah berkata, Angkasa berhasrat menceburi industri insurans dengan lebih mendalam bagi melahirkan lebih ramai ejen insurans bumiputera dan memanfaatkan segala peluang perniagaan yang ditawarkan menerusi sektor tersebut.

Katanya, MyAngkasa telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) secara khusus bagi gerakan koperasi Malaysia.

“Angkasa menyeru kepada semua ahli yang mempunyai sema­ngat koperasi dan berminat menjalankan perniagaan insurans bagi meningkatkan ekonomi koperasi mereka untuk menceburi sektor baharu yang ditawarkan.

“Tahun depan, kita akan memperkenalkan lebih banyak produk takaful dan berharap usaha itu dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli berhubung kepentingan dan manfaat insu­rans,” katanya.

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/angkasa-lakar-sejarah-perkenal-produk-takaful-1.134399#sthash.YplWF2DF.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *